
Masih belum menonton Filem Ombak Rindu yang sedang rancak ditayangkan di pawagam ke? Tidak rasa ketinggalan ke jika mahu menunggu DVD atau muat turun atau lebih best lagi mahu tunggu ditayangkan di TV? Bagi mereka yang teragak-agak atau dengan kata lain risau membazir duit menonton filem yang tidak berkualiti, inilah masanya untuk anda lupakan kerisauan anda. Filem Ombak Rindu ini, setakat ini telah berjaya mengutip RM10 juta. Adakah akan memecahkan rekod KL Gangster yang mencatat kutipan hampir RM11 juta?
Novel kisah cinta hasil karya Fauziah Ashari ini memang popular. Ditambah lagi dengan sentuhan hebat oleh pengarahnya Osman Ali dan pelakon-pelakon popular seperti Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan juga Bront Palarae (hanya menyebut beberapa nama, jangan terasa ya).
Tidak sempat mahu tonton? Jangan risau. Tayangan filem Ombak Rindu ini ditambah lagi. Penambahan sebanyak tujuh hari lagi tayangan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) sehingga khamis depan. Jadi apa lagi, cepat-cepat ke panggung wayang sekarang. Bawa suami-isteri dan kalau bawa anak-anak tu, tutuplah mata mereka ketika adegan ranjang tu ye. Tidak pun bawa mereka ke tandas atau beli pop-corn tapi anda pula terlepas mahu menonton babak kontrovesi itu. Hanya gurauan, jangan marah.
Cuba tengok atas tu, Yusri Kru pun teruja dengan pencapaian Ombak Rindu.
OH ARTIS : KETAWA BILA OMBAK RINDU JADI SEBUTAN DI PREVEW FILEM KAMI HADIRI BARU-BARU INI.
No comments:
Post a Comment
assalamualaikum ! komen tau !