
Mengikut kata Awie, memang dia mengaku terlibat dalam pergaduhan itu tetapi kerana perbuatan provokasi individu tertentu yang memulakan petengkaran kecil. Mereka mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya selepas dia meminta mereka menghormati permintaannya tidak mahu bergambar di dalam kelab tersebut.
Apabila Awie mengajak mereka ke luar kelab untuk menyelesaikan masalah itu, dia dan pengawal peribadinya telah dikepung oleh kira-kira 30 orang. Tetapi mereka bertambah berang apabila tidak berjaya menyentuh Awie. Buktinya tiada satu lebam pun di badan atau mukanya. Oleh itu laporan yang mengatakan dia dibelasah dengan teruk adalah tidak benar. Malah kumpulan terbabit yang teruk dibelasah oleh Awie dan rakan-rakannya demi mempertahankan diri mereka.
Pergaduhan mereka terlerai apabila dia dibawa ke balai polis berdekatan untuk menerangkan perkara sebenar. Tiada laporan dibuat oleh mereka atau pihak yang menyerangnya. Awie cuma tidak faham mengapa ada campur tangan orang luar untuk meleraikan pergaduhan itu sedangkan kelab itu punya pengawalnya sendiri. Mengapa perlu ada orang luar dan Awie menyifatkan ini sebagai tidak bermotif. Awie menganggap orang-orang di sana sengaja mahu mencari pergaduhan. Walaubagaimanapun, sebelum Awie dan rakan-rakannya balik mereka menghulurkan RM300 kepada kumpulan itu untuk tambahan kos rawatan.
“Kunjungan saya ke sana bukan untuk mencari masalah dengan sesiapa,” ujarnya yang akan mengadakan konsert bersama Ella, selama empat hari bermula 12 Januari 2012 di Istana Budaya. Ternyata gabungan Raja dan Ratu Rock nampaknya.
OH ARTIS : KAT MANA PUN ADA JE ORANG NAK TUNJUK HEBAT. PEDULIKAN SAHAJALAH. MINAT PADA AWIE DAN ELLA DARI DULU HINGGA KINI.
No comments:
Post a Comment
assalamualaikum ! komen tau !