
Nasi lemak 2.0 | Sinopsis filem nasi lemak 2.0
Nasi lemak merupakan makanan yang sangat terkenal di Malaysia, oleh kerana nasi lemak ni sangat popular Nama Nasi lemak diangkat menjadi judul sbuah filem. filem Nasi lemak merupakan karya pertama pengarah dan pelakon yang pernah dilanda kontroversi siapa tak kenal Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee yang menyanyikan lagu Negarakuku pada tahun 2007.
Namewee yang pernah mendapat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Ming Chuan di Taoyuan, Taiwan, untuk membuktikan kecintaannya kepada tanah air Maka terhasillah filem Nasi lemak 2.0. kombinasi makanan terkenal turun temurun iaitu nasi lemak dengan perlambangan generasi pascapemodenan yang disimbolikkan dengan 2.0 menjadi sebuah naskhah filem perpaduan Nasi Lemak 2.0. filem Nasi lemak 2.0 merupakan produksi gabungan antara syarikat hiburan media Prodigee Media dan UB Prodigee Entertainment.
Pelakon filem Nasi lemak 2.0 : Selain Namewee yang menggalas peranan utama dalam filem Nasi lemak 2.0 komedi sosial itu, barisan pelakon mantap digandingkan bersama antaranya Adibah Noor, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Datuk David Arumugam, Reshmonu, Dennis Lau, Pete Teo dan Nadine Ann Thomas.
Konsep filem Nasi lemak 2.0 : Nasi Lemak 2.0 yang berkonsep seakan-akan muzikal 1Malaysia ditulis, diarah dan dilakonkan sendiri oleh Namewee dan mempunyai pelbagai dialek dan bahasa antaranya Tio Ciu, Hokkien, Hakka, Hainan, Mandarin, bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun dan Tamil dalam filem itu.
Sinopsis filem Nasi lemak 2.0 : Nasi lemak 2.0 mengisahkan Chef Huang (Namewee) berdepan dengan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan ‘tempatan’ yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakannya yang kurang popular, dia dikenali sebagai ‘Hero Huang’ dikawasan kejiranannya. Chef Huang akan membantu komunitinya hinggalah ia bertemu dengan Xiao k (Karen Kong) yang membuatkan dia terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya, Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja wanita penuh misteri (Adibah Noor) yang mengarahkan dia agar memulakan pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai hero tempatan yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui semula asal usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam nasi lemak.
No comments:
Post a Comment
assalamualaikum ! komen tau !